ad
AGENDA

Belia 18 hingga 20 tahun terima RM50 dalam e-dompet

6 Nov 2020, 10:22 AM
Belia 18 hingga 20 tahun terima RM50 dalam e-dompet

SHAH ALAM, 6 NOV: Lebih 1.5 juta belia berumur 18 hingga 20 tahun bakal menerima bantuan sekali bayar (one-off) berjumlah RM50 melalui Program e-Belia.

Menteri kewangan berkata pemberian melalui e-dompet dibuat selepas melihat golongan itu memainkan peranan penting sebagai pelopor dan pengguna teknologi terkini.

"Langkah ini juga sebagai membudayakan transaksi kewangan tanpa tunai. Bayaran secara one-off akan dikreditkan dengan peruntukan RM75 juta," kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Belia turut menerima:

  • Insentif RM1,000 sebulan selama tiga bulan kepada majikan swasta bagi graduan menjalani latihan industri
  • RM19 juta untuk Agenda Nasional Malaysia Sihat bagi amalan gaya hidup sihat
  • RM28 juta untuk Program MyFit, Hari Sukan Negara dan Program Inspire bagi komuniti orang kelainan upaya (OKU)
  • RM103 juta untuk menai taraf dan menyelenggara kemudahan sukan
  • RM55 juta untuk pembangunan hoki, ragbi, badminton, berbasikal, pembangunan atlet wanita dan e-sukan
  • RM20 juta untuk pinjaman skim TEKUN Sukan
  • Had pelepasan cukai dinaikkan dari RM2,500 ke RM3,000

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.