ad
AGENDA

Caruman KWSP sembilan peratus mulai Januari 2021

6 Nov 2020, 9:37 AM
Caruman KWSP sembilan peratus mulai Januari 2021

SHAH ALAM, 6 NOV: Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan daripada 11 kepada sembilan peratus mulai Januari tahun depan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata langkah itu bagi meningkatkan pendapatan boleh guna dalam tempoh 12 bulan.

"Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion," katanya ketika pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.

Kadar caruman berkanun syer pekerja beberapa kali diturunkan sebelum ini.

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang dibentang pada 5 Mac mengumumkan kadar tersebut diturunkan daripada 11 kepada tujuh peratus berkuat kuasa April.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.