ad
AGENDA

Tiga lagi PKPD di Sabah, tiga mukim di Semenanjung kena PKPB

5 Nov 2020, 9:37 AM
Tiga lagi PKPD di Sabah, tiga mukim di Semenanjung kena PKPB

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi baharu di Sabah, manakala tiga mukim di Perak, Terenggganu dan Negeri Sembilan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) berkata PKPD dibuat di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan berkuat kuasa esok sehingga 19 November.

"PKPB pula diperkenalkan di mukim Parit Buntar (Perak), Rasau (Terengganu) dan Jimah (Negeri Sembilan) antara 7 hingga 20 November," kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini.

Menurut beliau SOP PKPB bagi mukim berkenaan adalah sama seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

"Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di mukim berkenaan," katanya.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.