ad
EXCO

Sumber air Selangor dari sungai negeri, sempadan

4 Nov 2020, 4:50 AM
Sumber air Selangor dari sungai negeri, sempadan

SHAH ALAM, 4 NOV: Sumber utama bekalan air negeri ini diperoleh dari Sungai Selangor, Sungai Langat, Sungai Semenyih dan Sungai Gombak, kata EXCO infrastrukur.

Ir Izham Hashim berkata Selangor juga mengambil sumber air sempadan negeri seperti Sungai Semantan di Pahang, Sungai Bernam (Perak) dan Sungai Labu (Negeri Sembilan).

"Aliran sungai yang mengalir merentasi sempadan negeri pula Sungai Pajam dan Sungai Buah yang juga anak Sungai Semenyih," katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan wakil rakyat Taman Medan Syamsul Firdaus Mohamed Supri berhubung sumber air dan kerjasama antara negeri jika berlaku krisis bekalan.

Ir Izham berkata operator air semua negeri menandatangani memorandum persefahaman untuk menghantar bantuan lori tangki sekiranya berlaku krisis bekalan melebihi dua hari.

"Kita mohon bantuan lori tangki dari seluruh negara, malah lori bomba pun kita gunakan. Sebab itu kita tengok lori ini tertera pelbagai logo ketika krisis air," katanya lagi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.