ad
AGENDA

Lebih 50,000 aduan jalan berlubang diterima melalui Waze

3 Nov 2020, 9:18 AM
Lebih 50,000 aduan jalan berlubang diterima melalui Waze

SHAH ALAM, 3 NOV: Sebanyak 52,295 aduan jalan berlubang di Selangor diterima melalui aplikasi Waze bermula Januari 2019 hingga September tahun ini.

Dato' Menteri Besar berkata jumlah aduan tertinggi melibatkan jalan diselenggara pihak berkuasa tempatan iaitu 37,130 diikuti jalan persekutuan sebanyak 10,219.

"Aduan membabitkan jalan negeri diselengara Jabatan Kerja Raya pula sebanyak 4,553, manakala 393 aduan bagi jalan negeri yang diselenggara pejabat daerah tanah," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Bermula 2016, Kerajaan Negeri dan syarikat pengendali Waze bekerjasama bagi memudahkan pengguna membuat aduan kerosakan jalan raya selaras hasrat mencapai status Negeri Pintar.

Projek perintis itu merupakan inisiatif pertama Waze di Malaysia dan kedua di Asia Pasifik selepas Jakarta, Indonesia serta diguna pakai di seluruh dunia.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.