ad
ADN

ADN: Langkah tepat jaya program kebajikan, agenda perkasa wanita

2 Nov 2020, 12:52 AM
ADN: Langkah tepat jaya program kebajikan, agenda perkasa wanita

SHAH ALAM, 2 NOV: Kerajaan Selangor melakukan rancangan tepat apabila bakal melaksanakan pelbagai program kebajikan dan pemberdayaan wanita menerusi Belanjawan 2021.

Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati berkata peruntukan RM71.3 juta bagi meneruskan agenda memperkasa wanita dan keluarga dilihat penting kerana mereka turut memainkan peranan bagi membentuk generasi masa depan lebih berkualiti.

"Saya gembira dengan pengumuman Dato’ Menteri Besar yang menyediakan sejumlah peruntukan signifikan bagi pembangunan wanita, keluarga dan kebajikan masyarakat.

"Ini menunjukkan Kerajaan Negeri amat prihatin kerana terus mengutamakan mereka yang selama ini turut sama menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara," kata Juwairiya Zulkifli kepada SelangorKini.

Jumaat lalu, Dato' Seri Amirudin Shari berkata pandemik Covid-19 tidak mematahkan semangat Kerajaan Negeri untuk tetap memberi fokus kepada usaha pemberdayaan wanita di negeri ini.

Katanya, tahun hadapan merupakan tahun lonjakan paradigma bagi memartabatkan wanita Selangor dalam Belanjawan 2021.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.