ad
AGENSI

PKPD: 200 penduduk Flat Sungai Emas dikesan untuk disaring

29 Okt 2020, 4:02 AM
PKPD: 200 penduduk Flat Sungai Emas dikesan untuk disaring

SHAH ALAM, 29 OKT: Seramai 200 penduduk Flat Sungai Emas, Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32 dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  didapati belum menjalani ujian saringan Covid-19.

Pegawai daerah Kuala Langat berkata pihaknya bersama pejabat kesihatan daerah akan mengesan mereka menerusi pemeriksaan dari rumah ke rumah kerana sebelum ini dikatakan enggan berbuat demikian apabila ujian dilakukan bermula 18 Oktober.

"Kita akan cari 200 individu berkenaan dan akan disaring di rumah masing-masing. Saya yakin proses tersebut dapat diselesaikan hari ini juga," kata Mohd Jusni Hashim ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata sehingga kini, seramai 991 penduduk di rumah pangsa itu menjalani saringan dan 938 sudah mendapat keputusan.

"PKPD Flat Sungai Emas berkuat kuasa hari ini sehingga 10 November depan dengan melibatkan tujuh blok serta perumahan teres di Jalan Emas 31 dan Jalan Emas 32, Taman Sungai Emas.

"Ia melibatkan 1,300 penduduk dan 99 peratus adalah warganegara, jumlah keluasan PKD ialah 5.9 hektar," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.