ad
AGENSI

PKPB: Operasi Mais menerusi janji temu sahaja

27 Okt 2020, 8:51 AM
PKPB: Operasi Mais menerusi janji temu sahaja

SHAH ALAM, 27 OKT: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) meneruskan operasinya menerusi janji temu sahaja sehingga 9 November susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Agensi berkata pelanggan boleh mendapatkan waktu dan tarikh janji temu menerusi panggilan telefon atau e-mel kepada [email protected].

"Mais mengambil langkah proaktif bagi memastikan urusan pelanggan tetap diteruskan, namun mereka perlu mendapatkan tarikh janji temu terlebih dahulu.

"Waktu urusan bermula dari jam 9.30 pagi hingga 4 petang sahaja. Sementara bagi urusan pembayaran di kaunter kewangan dibuka sehingga jam 3 petang namun tidak memerlukan janji temu," katanya menerusi kenyataan.

Senarai nombor telefon yang boleh dihubungi:

1. Pengurusan wasiat, hibah, harta pusaka dengan perkara berkaitan baitulmal (019-3830032 / 019-2661404 / 03-55143772 / 3772 / 3773)

2. Sewaan hartanah (019-2302040 / 019-2640631 / 03-5514 3400 ext 2187)

3. Bahagian pendaftaran mualaf (014-3245146 / 03-33614000)

4. Bahagian pemulihan ar-riqab (019-2646277 / 03-33614088 / 03-33614080)

5. Bahagian kewangan (019-666 4123 / 03-55143753 / 03-55142741)

6. Unit guaman syarie - nasihat perundangan syariah & permohonan bantuan guaman syarie (03-55143643)

Untuk maklumat lanjut, orang ramai juga boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat Mais di talian 03-55142175.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.