ad
AGENSI

Covid-19: Sepang rekod kes harian tertinggi

26 Okt 2020, 1:56 PM
Covid-19: Sepang rekod kes harian tertinggi

SHAH ALAM, 26 OKT: Sepang menjadi daerah tertinggi merekodkan kes baharu Covid-19 hari ini dengan 74 kes, menurut data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Berdasarkan data tersebut Petaling merekodkan 41 kes, Hulu Langat (30), Kuala Langat (14), Klang (11), Gombak (empat), Kuala Selangor (dua) dan kes import (satu).

Sebanyak enam zon di Selangor dikategorikan merah melibatkan Petaling, Hulu Langat, Klang, Gombak, Sepang dan Kuala Langat manakala Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berstatus zon kuning.

Menurut BGNS, bilangan keseluruhan kes ialah 4,145 dengan 1,033 daripadanya kes aktif manakala 25 kematian direkodkan setakat ini.

Selangor mencatatkan angka harian Covid-19 tertinggi dengan 176 kes hari ini.

Penularan wabak di Malaysia turut merekodkan angka tertinggi dengan 1,240 kes menjadikan jumlah keseluruhan 27,805 kes dengan 9,774 daripadanya kes aktif.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.