ad
AGENSI

Pekawanis mahu tumpu usaha berdaya wanita miskin

26 Okt 2020, 12:09 AM
Pekawanis mahu tumpu usaha berdaya wanita miskin
Pekawanis mahu tumpu usaha berdaya wanita miskin

SHAH ALAM, 26 OKT: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) terus berazam memberdaya wanita terutama golongan berpendapatan rendah (B40).

Yang dipertuanya berkata pertubuhan itu mahu golongan tersebut menjana pendapatan sendiri tanpa bergantung kepada sumbangan makanan atau kewangan semata-mata.

[caption id="attachment_440933" align="alignleft" width="500"] Datin Seri Masdiana Muhamad[/caption]

"Dalam masa terdekat ini kami akan mengadakan bengkel jahitan pelitup muka yang akan disertai golongan B40 terpilih dari setiap daerah di Selangor," kata Datin Seri Masdiana Muhamad ketika dihubungi.

Beliau berkata Pekawanis turut menumpukan usaha menyediakan set perlindungan diri kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus membendung penularan Covid-19.

Katanya, program bersama anak-anak petugas hadapan juga bakal dirancang dalam tempoh terdekat.

"Pekawanis mahu program yang dijalankan bergerak seiring dengan Kerajaan Negeri iaitu sentiasa membantu dan memberdaya rakyat," kata Masdiana.

Mengulas Belanjawan Selangor 2021 yang akan dibentang pada Jumaat, beliau berharap pertubuhan itu menerima peruntukan setimpal seperti tahun-tahun sebelumnya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.