ad
AGENDA

MPK pasang CCTV, pantau pembuangan sampah haram

25 Okt 2020, 3:44 AM
MPK pasang CCTV, pantau pembuangan sampah haram

SHAH ALAM, 25 OKT: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau aktiviti pembuangan sampah haram di Jalan Kebun Nenas, di sini.

Yang Dipertua Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin berkata pemasangan alat itu bagi memburu individu tidak bertanggungjawab selain mengelak kawasan terbabit dicemari sampah.

"Sampah haram di sini telah dibersihkan pada Jun namun didapati kejadian terus berlaku sehingga kini.

"Kita akan memasang CCTV dan membuat rondaan serta tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak terlibat," katanya memetik laporan Kosmo.

Terdahulu, beliau bersama Pengerusi 99 Kebajikan Insan Selangor (Kesan) Muhd Ali Zakariah meninjau lokasi pembuangan sampah haram tersebut.

Ahmad Fadzli berkata kerja pembersihan akan dijalankan dan kawasan itu dipasang tali pita bagi menghalang aktiviti berkenaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.