ad
AGENDA

PKPD Asrama Tropicana tamat esok, tertakluk PKPB - menteri

24 Okt 2020, 9:43 AM
PKPD Asrama Tropicana tamat esok, tertakluk PKPB - menteri

SHAH ALAM, 24 OKT: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan di Asrama Pekerja Tropicana, Petaling Jaya tidak dilanjutkan dan berakhir mengikut tempohnya, esok.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga 23 Oktober, Kementerian Kesihatan (KKM) membuat sebanyak 503 saringan Covid-19 di Asrama Pekerja Tropicana dan 23 kes positif direkodkan.

"Kesemuanya telah pun menerima rawatan di hospital manakala kontak rapat diarahkan menjalani kuarantin wajib.

"Sehubungan itu, atas cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor dan nasihat MKN, sidang khas ini bersetuju untuk menamatkan PKPD di Asrama Pekerja Tropicana pada 25 Oktober seperti dijadualkan," katanya pada sidang media, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, lokaliti itu masih tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan di seluruh Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.