ad
SELANGOR

159 kes baharu di Selangor, tertinggi sejak Mac

17 Okt 2020, 10:56 AM
159 kes baharu di Selangor, tertinggi sejak Mac

SHAH ALAM, 17 OKT: Kes baharu Covid-19 di Selangor hari ini melonjak kepada 159, tertinggi sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan Mac lalu.

Ketua pengarah kesihatan berkata 31 daripadanya melibatkan kluster baharu iaitu kluster Keladi (23) dan kluster Menara (8).

"Sebanyak 89 kes daripada kluster sedia ada, 23 kes saringan kontak rapat, dua kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) dan 14 kes lain-lain saringan," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam siaran langsung di Facebook.

Noor Hisham berkata seramai 41 pesakit Covid-19 di Selangor sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Secara keseluruhan Malaysia merekodkan 869 kes Covid-19 mengatasi angka 691 jangkitan pada 6 Oktober lalu menjadikan kesemuanya 19,627 kes termasuk pertambahan empat kematian.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.