ad
AGENDA

2,688 warga polis, keluarga jalani kuarantin

16 Okt 2020, 3:22 PM
2,688 warga polis, keluarga jalani kuarantin

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Seramai 2,688 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan keluarga mereka sedang menjalani kuarantin 14 hari susulan penularan pandemik Covid-19.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman Datuk Ramli Din berkata daripada jumlah itu, tujuh pegawai kanan, 72 anggota, tiga pegawai awam dan 31 ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

"Mereka yang sedang menjalani kuarantin 14 hari ini membabitkan 354 pegawai kanan, 1,926 anggota, 73 penjawat awam dan 335 ahli keluarga di seluruh negara. Bagaimanapun, perkara ini tidak menjejaskan gerak kerja dalam pasukan," katanya kepada Bernama.

Beliau yang mengikuti nasihat Kementerian Kesihatan turut menjalani kuarantin kendiri di rumah bermula semalam.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.