ad
AGENDA

MB: Pendigitalan kunci pulih ekonomi, jana pendapatan

14 Okt 2020, 7:14 AM
MB: Pendigitalan kunci pulih ekonomi, jana pendapatan

SHAH ALAM, 14 OKT: Selangor mengorak langkah ke arah pendigitalan yang menjadi kunci untuk

memulihkan ekonomi negeri yang terkesan berikutan Covid-19.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata teknologi pintar kini digunakan sepenuhnya bagi merangsang ekonomi, termasuk menjana pendapatan rakyat.

"Ketika negeri mula dilanda wabak, semua bimbang dengan keadaan semasa tetapi pendigitalan memberi harapan kepada kita untuk memulihkan ekonomi lebih cepat daripada jangkaan.

"Ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif membantu usahawan menjana pendapatan melalui perniagaan dalam talian," katanya berucap merasmikan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2020 secara maya hari ini.

Pada 24 April, Kerajaan Negeri menyediakan dua saluran e-dagang iaitu Grab Selangor dan Platform Selangor (Plats), ruang untuk peniaga menjual juadah berbuka puasa.

Beberapa lokasi e-Dapur turut diwujudkan di Ampang, Bangi, Semenyih, Sepang, Damansara, Klang, Petaling Jaya, Puchong, Seri Kembangan dan Subang Jaya.

Selain itu, Kerajaan Selangor melancarkan e-Bazar Raya khusus untuk 5,000 usahawan tempatan menjana semula ekonomi susulan penularan Covid-19.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.