ad
AGENSI

Jais tangguh solat Jumaat, fardu di masjid, surau

13 Okt 2020, 11:15 AM
Jais tangguh solat Jumaat, fardu di masjid, surau

SHAH ALAM, 13 OKT: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat keputusan menangguhkan semua solat Jumaat, fardu berjemaah dan aktiviti di masjid dan surau di negeri ini mulai esok susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengarahnya, Mohd Shahzihan Ahmad berkata langkah itu bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan memastikan pentadbir rumah ibadat berkenaan dapat memberi kelangsungan keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan kepada kariah masing-masing.

“Penangguhan ini akan melibatkan sebanyak 425 masjid, 278 surau kebenaran solat Jumaat dan 1,747 surau.

“...Pentadbir masjid dan surau seluruh negeri hendaklah memastikan solat fardu Jumaat tidak dilaksanakan sepanjang penangguhan ini sebaliknya digantikan dengan solat Zohor di kediaman masing-masing,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan penangguhan semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah Maghrib, Subuh dan Dhuha ditangguhkan sementara berkuat kuasa waktu Subuh pagi esok.

Menurut Mohd Shahzihan hanya solat fardu lima waktu dilaksanakan dalam tempoh berkenaan dengan jemaaah tidak melebihi lima orang dan azan dilaungkan setiap waktu.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.