ad
AGENDA

KKM: Kerjasama semua mampu lawan gelombang ketiga Covid-19

11 Okt 2020, 8:50 AM
KKM: Kerjasama semua mampu lawan gelombang ketiga Covid-19

SHAH ALAM, 11 OKT: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus mengingatkan orang ramai supaya bekerjasama bagi mendepani gelombang ketiga pandemik Covid-19.

Menurut kementerian itu, kejayaan dicapai ketika negara menghadapi gelombang pertama dan kedua virus berkenaan hingga mendapat pengiktirafan dunia.

"Kejayaan kita itu hasil kerjasama semua pihak. Sekali lagi seluruh rakyat Malaysia diseru untuk bekerjasama dalam menghadapi gelombang ketiga ini,” tulisnya di Facebook.

Melalui grafik disertakan, gelombang pertama virus itu membabitkan kes import bermula dari 24 Januari hingga pertengahan Februari.

Gelombang kedua diharungi bermula penghujung Februari hingga Jun melibatkan kluster Perhimpunan Seri Petaling, kluster UDA (UDA Holdings Berhad) dan kluster Depot Tahanan Imigresen.

Bermula 20 September, gelombang ketiga berlaku dengan kebanyakkan kes direkodkan di Sabah dan Kedah.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.