ad
AGENSI

PKPB: Tiga jalan di Klang Utara ditutup

9 Okt 2020, 3:16 AM
PKPB: Tiga jalan di Klang Utara ditutup

SHAH ALAM, 9 OKT: Tiga jalan di Klang Utara ditutup susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata ia melibatkan Jalan Raksa 2, Jalan Raksa 3 dan Lorong Perak di Taman Bukit Kuda.

"Selain itu, terdapat dua sekatan jalan raya melibatkan Jalan Bukit Kuda berhadapan Emy Cookies & Food dan satu lagi berdekatan simpang Lorong Lintang Raksa 2.

"Orang ramai yang ingin keluar masuk ke kawasan itu perlu mendapatkan surat kebenaran dari balai polis bergerak dan khemah disediakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan masyarakat supaya mematuhi arahan PKPB atau bakal dikenakan kompaun.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bilik Gerakan Op Covid-19 di talian 03-32913344.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.