ad
AGENDA

PKPB Klang: Pasar, restoran dan stesen minyak boleh operasi

8 Okt 2020, 2:32 PM
PKPB Klang: Pasar, restoran dan stesen minyak boleh operasi

SHAH ALAM, 8 OKT: Restoran, stesen minyak dan pasar dibenar beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata waktu operasi pasar borong bermula jam 4 pagi hingga 2 petang, pasar biasa (6 pagi hingga 2 petang) dan pasar tani (6 pagi hingga 12 tengah hari).

"Restoran, kedai makan, gerai, warung, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenar beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 10 malam namun untuk pembelian secara pandu lalu atau beli dan makan di rumah serta penghantaran.

"Waktu operasi stesen minyak pula bermula jam 6 pagi hingga 11 malam," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Kerajaan memutuskan PKPB dikuatkuasa di mukim Klang mulai jam 12.01 pagi pada Jumaat ini.

Klang bertukar kepada zon merah semalam apabila mencatatkan 77 pesakit aktif yang sedang dirawat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.