ad
AGENDA

Had operasi bas, teksi dan e-panggilan di mukim Klang

8 Okt 2020, 12:12 PM
Had operasi bas, teksi dan e-panggilan di mukim Klang

SHAH ALAM, 8 OKT: Pengangkutan awam seperti bas, teksi dan perkhidmatan e-panggilan dibenarkan beroperasi dalam waktu terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata perkhidmatan tersebut dibenarkan beroperasi bermula jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam.

"Mesyuarat juga bersetuju Pelabuhan Klang beroperasi seperti biasa. Senarai lebih terperinci kegiatan ekonomi yang dibenarkan dan tidak dibenarkan akan diumumkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri," katanya menerusi siaran langsung Facebook hari ini.

Kerajaan memutuskan PKPB dikuatkuasa di mukim Klang mulai jam 12.01 pagi pada Jumaat ini.

Klang bertukar kepada zon merah semalam apabila mencatatkan 77 pesakit aktif yang sedang dirawat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.