ad
AGENDA

Pekerja di mukim Klang tidak wajib jalani ujian Covid-19

8 Okt 2020, 10:00 AM
Pekerja di mukim Klang tidak wajib jalani ujian Covid-19

SHAH ALAM, 8 OKT: Pekerja sektor ekonomi yang dibenar beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang tidak perlu melakukan ujian Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri bagaimanapun berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melakukan saringan bersasar terhadap individu yang mempunyai kontak rapat kes positif Covid-19.

"KKM akan melakukan saringan berdasarkan keperluan terutama di kawasan tertentu yang berisiko tinggi berlaku penularan wabak," katanya menerusi siaran langsung Facebook hari ini.

Kerajaan memutuskan PKPB dikuatkuasakan di mukim Klang mulai jam 12.01 pagi pada Jumaat ini.

Klang bertukar kepada zon merah semalam apabila mencatatkan 77 pesakit aktif yang sedang dirawat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.