ad
AGENSI

Bilik Gerakan Covid-19 lanjut waktu operasi hingga 7 malam

3 Okt 2020, 12:42 AM
Bilik Gerakan Covid-19 lanjut waktu operasi hingga 7 malam

SHAH ALAM, 3 OKT: Bilik Gerakan Covid-19 Selangor dilanjutkan waktu operasi hingga jam 7 malam, kata Dato' Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata keputusan itu susulan perkembangan Covid-19 yang membimbangkan termasuk jumlah kes harian di negeri ini mencapai dua angka selama lima hari berturut-turut.

"Justeru, operasi bilik gerakan di Bilik Gerakan MTES, Bangunan SUK Selangor akan dilanjutkan sehingga jam 7 malam berbanding dengan hanya pada waktu bekerja sebelum ini.

"Ini juga akan membolehkan Kerajaan Negeri membuat pantauan serta meneliti perkembangan terkini Covid-19," katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Amirudin mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Selangor (MKN) secara dalam talian.

Katanya, beliau turut mengadakan mesyuarat bersama Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) kelmarin bagi mendapatkan gambaran jelas dan tepat.

"Gambaran itu bagi merangka pendekatan yang terbaik sebagai persediaan menghadapi sebarang gelombang ketiga penularan wabak ini.

"Kerajaan Negeri yakin langkah-langkah bersesuaian akan mengawal situasi ketika ini daripada bertambah buruk," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.