ad
AGENSI

Kes Covid-19 meningkat, masyarakat diingat jangan ambil mudah

28 Sep 2020, 12:16 AM
Kes Covid-19 meningkat, masyarakat diingat jangan ambil mudah

SHAH ALAM, 28 SEPT: Masyarakat di negeri ini diingatkan tidak mengambil mudah situasi semasa penularan Covid-19 susulan peningkatan kes harian.

Justeru Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) meminta orang ramai patuh tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan dan saling berpesan mengenai kepentingan penjarakan fizikal, pelitup muka serta kerap basuh tangan.

"Hari ini (semalam) 19 kes aktif telah wujud dalam Selangor. Apabila terdapat jangkitan tempatan, maka kes tersebut akan diambil kira untuk menentukan demografi taburan kes aktif.

"Tentukan mukim anda dan rujuk infografik berdasarkan mukim anda untuk mengetahui status kes aktif Covid-19 di tempat anda," katanya menerusi Facebook.

Kes Covid-19 di Selangor kembali kepada dua angka selepas merekodkan 11 kes baharu semalam dengan Hulu Selangor mencatat lima kes, Klang (tiga), Petaling dan Hulu Langat (masing-masing satu) serta kes import (satu).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.