ad
AGENDA

Jabatan Kesihatan Terengganu siasat dakwaan bocor maklumat pesakit Covid-19

27 Sep 2020, 8:58 AM
Jabatan Kesihatan Terengganu siasat dakwaan bocor maklumat pesakit Covid-19

KUALA TERENGGANU, 27 SEPT: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan menyiasat dakwaan mengenai kebocoran maklumat dua nama pesakit Covid-19 yang tular di media sosial, sejak semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dan menegaskan semua kakitangan jabatan itu sangat menjaga kerahsiaan pesakit.

“Maklumat pesakit adalah sulit, jabatan akan menyiasat perkara tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, dua pesakit yang disahkan positif Covid-19 di Terengganu mendakwa, mereka kecewa dan trauma apabila nama mereka tular di media sosial.

Kedua-dua individu tersebut menyatakan yang mereka tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis, berhubung perkara ini.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.