ad
PBT

35 belia wanita sertai Kem Motivasi Remaja ‘Zero to Hero’

27 Sep 2020, 5:05 AM
35 belia wanita sertai Kem Motivasi Remaja ‘Zero to Hero’

SHAH ALAM, 27 SEPT: Seramai 35 belia wanita terdiri daripada penuntut Kolej Antarabangsa Inpens dan Kolej Antarabangsa Intra menyertai program Kem Motivasi Remaja ‘Zero to Hero’ di Kem Lambaian Danau, Jasin, Melaka baru-baru ini.

Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) memaklumkan acara tahunan dijalankan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat MDKS bertujuan melatih ketahanan mental dan fizikal pelajar.

“Kita mahu mereka (wanita) sentiasa berani, tabah, tahan lasak dan berkeyakinan tinggi bagi menghadapi masa hadapan yang mencabar," katanya dalam kenyataan.

Menurut pihak berkuasa tempatan (PBT) itu lagi, acara tersebut berjaya mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar berbilang kaum melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

“Program ini mampu memupuk semangat kerjasama, tolong-menolong dan setia kawan serta bertolak ansur dalam membuat keputusan yang penting dalam kehidupan mereka,” ujarnya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.