ad
PBT

MBPJ perkenal portal kumpul data skim strata dalam talian

24 Sep 2020, 4:57 AM
MBPJ perkenal portal kumpul data skim strata dalam talian

SHAH ALAM, 24 SEPT: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan Sistem Pengurusan eCOB berasaskan portal bagi mengumpul dan menyimpan data skim strata bersepadu perumahan bertingkat secara dalam talian.

Datuk bandarnya berkata sistem itu memudahkan Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MBPJ memantau pelaksanaan tempoh mesyuarat agung tahunan dan laporan kewangan badan pengurusan bersama (JMB) atau komuniti (JMC).

"Sistem ini boleh dijadikan satu pembaharuan dalam urusan pentadbiran penyampaian perkhidmatan kerana ia merupakan sistem yang lebih efektif dan sistematik serta mudah untuk diuruskan.

"Segala maklumat yang diperoleh melalui portal itu juga dapat membantu dalam perancangan, penggubalan dan pelaksanaan dasar oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan MBPJ dalam agenda pembangunan serta transformasi kerajaan demi kesejahteraan penduduk strata di Petaling Jaya," kata Dato’ Mohd Sayuthi Bakar dalam kenyataan.

Beliau menjelaskan bagi memperluaskan penggunaan portal itu, Unit COB MBPJ akan mengadakan tiga siri seminar khusus dan latihan kepada JMB dan JMC mengenai cara penggunaannya.

Laman Portal eCOB boleh dilayari di https://skep.lphs.gov.my/mbpj dan untuk makluman lanjut boleh hubungi unit itu di talian 03-7960 1646.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.