ad
BERITA UTAMA

Wujud pusat kitar semula di kampung, pangsapuri fokus Belanjawan 2021

22 Sep 2020, 8:06 AM
Wujud pusat kitar semula di kampung, pangsapuri fokus Belanjawan 2021

KAJANG, 22 SEPT: Mewujudkan pusat kitar semula di semua kampung tradisi dan pangsapuri menjadi salah satu fokus di bawah portfolio alam sekitar menerusi Belanjawan Selangor 2021.

EXCOnya Hee Loy Sian berkata beliau mengharapkan peruntukan tambahan bagi menjayakan projek berkenaan dalam belanjawan yang akan dibentang pada 30 Oktober ini.

"Kalau boleh kita mahu adakan pusat kitar semula untuk setiap tempat terutama di kampung-kampung tradisi termasuk perumahan jenis flat supaya mereka boleh membuat pengasingan sampah.

"Jadi, itu usaha kita dan harap supaya dapat lebih bajet bagi melaksanakan semua (inisiatif) ini kerana kita memerlukan tong kitar semula yang berbeza untuk menjayakannya," katanya pada program Kesedaran Selamatkan Ozon sempena Hari Ozon Sedunia 2020 peringkat negeri hari ini.

Selangor memiliki 371 kampung tradisi di bawah pentadbiran 12 pihak berkuasa tempatan (PBT).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.