ad
AGENSI

Air pasang besar hakis benteng pantai di Jeram, jejas empat rumah

19 Sep 2020, 3:00 AM
Air pasang besar hakis benteng pantai di Jeram, jejas empat rumah
Air pasang besar hakis benteng pantai di Jeram, jejas empat rumah

SHAH ALAM, 19 SEPT: Kemasukan air pasang besar dikesan di Kampung Sungai Janggut, Jeram pagi ini susulan hakisan teruk pada benteng pantai.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor Ahmad Fairuz Mohd Yusof memaklumkan insiden tersebut menjejaskan empat kediaman di kawasan berhampiran.

[caption id="attachment_439331" align="alignleft" width="375"] Benteng di Pantai Remis yang terhakis susulan ombak kuat. Foto ihsan Unit Bencana Negeri Selangor[/caption]

"Kejadian berlaku selepas ban pecah akibat ombak setinggi 5.7 meter. Berikutan itu, sebanyak empat buah rumah berdekatan Pantai Remis dimasuki air," katanya ketika dihubungi.

Semalam, benteng di beberapa kawasan sekitar pantai Kuala Langat runtuh susulan ombak kuat dan kerja baik pulih giat dijalankan.

Pusat Hidografi Nasional menjangka paras air laut di sekitar Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berada pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter.

Fenomena air pasang besar dijangka berlaku antara jam 5 hingga 8 pagi pada 19 dan 20 September, 17 hingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November.

Berikutan itu, penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan tidak melakukan aktiviti di pesisiran pantai bermula hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.