ad
EXCO

Selangor tubuh jawatankuasa khas atasi isu buang bayi

15 Sep 2020, 12:05 PM
Selangor tubuh jawatankuasa khas atasi isu buang bayi

SHAH ALAM, 15 SEPT: Satu jawatankuasa khas terdiri daripada wakil agensi kerajaan diwujudkan bagi membendung isu pembuangan bayi di negeri ini.

Jawatankuasa tersebut dianggotai wakil Jabatan Pendidikan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam Selangor, kata EXCO kebajikan.

“Isu ini bukan berlaku di Selangor sahaja namun kita mencatatkan kes tertinggi kerana memiliki 7.6 juta penduduk, justeru kita mahu langkah jangka panjang diambil," kata Dr Siti Mariah Mahmud pada sidang media selepas Perbincangan Meja Bulat Isu Pembuangan Bayi di sini hari ini.

Majlis dirasmikan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh yang turut disertai aktivis sosial sebagai panel.

Siti Mariah berkata pihaknya akan mengkaji saranan panel dan peserta supaya meningkatkan kempen kesedaran, menambah dana dan memberi pendedahan awal pendidikan seks bagi mencegah isu berkenaan.

“Kita tidak boleh tuding jari salahkan sesiapa sama ada faktor teknologi, kesibukan ibu bapa atau pendidikan lemah. Jadi, kita ambil inisiatif supaya perkara ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan,” katanya.

Mengikut statistik polis sepanjang tahun lalu, sebanyak 20 kes buang bayi dicatatkan di negeri ini manakala 12 kes dilaporkan sepanjang tahun ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.