ad
BERITA UTAMA

EXCO galak golongan belia isi jawatan penghulu

14 Sep 2020, 2:06 PM
EXCO galak golongan belia isi jawatan penghulu

SHAH ALAM, 14 SEPT: Golongan muda di negeri ini digalak memohon jawatan penghulu bagi memenuhi 11 kekosongan susulan penyandang terdahulu bersara wajib.

EXCO Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi Rodziah Ismail berkata permohonan boleh dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor.

"Kerajaan Negeri menyarankan orang muda memikul jawatan sebagai penghulu seperti mana kita menggalakkan pelantikan dalam kalangan wanita.

"Bukan bermakna kita tidak menyokong pelantikan mereka yang berusia tetapi apa yang penting sesiapa sahaja yang dilantik perlu melaksanakan tugas dengan amanah serta berdedikasi," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Kesatuan Penghulu Negeri Selangor di Hotel Concorde hari ini.

Pada 8 Jun, Rodziah berkata lebih ramai wanita bakal dilantik sebagai penghulu pada pemilihan baharu. Ketika ini, terdapat lima penghulu wanita daripada 371 kampung tradisi di Selangor, antara tertinggi di negara ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.