ad
AGENDA

Covid-19: Matriks nilai risiko jejak jangkitan import

10 Sep 2020, 12:05 PM
Covid-19: Matriks nilai risiko jejak jangkitan import

SHAH ALAM, 10 SEPT: Kementerian Kesihatan (KKM) membangunkan matriks penilaian risiko jangkitan Covid-19 ke atas 23 negara susulan kenaikan kes import.

Ketua pengarah kesihatan berkata langkah itu penting dalam membuat keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kawalan sempadan antarabangsa.

"Setiap negara dinilai berdasarkan kriteria dan diletakkan dalam kategori risiko tertentu.

"Hasil penilaian ke atas 23 negara yang dikenakan sekatan perjalanan dikesan berisiko tinggi membawa jangkitan Covid-19," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata kriteria penilaian risiko berdasarkan Papan Permarkahan: Sistem Merit yang dibangunkan KKM menggunapakai sumber data dari Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) dan Our World in Data.

Enam kriteria dikenal pasti adalah:

1. Bilangan kes Covid-19 dalam tempoh 14 hari kebelakangan

2. Kadar insiden per 1 juta penduduk dalam tempoh 14 hari kebelakangan

3. Kadar kematian 14 hari kebelakangan per 1 juta penduduk

4. Kadar kematian kes kumulatif

5. Indeks pemulihan

6. Kes kumulatif Covid-19 melebihi 150,000 kes

"Penilaian risiko ini salah satu mekanisme menilai risiko wabak sesebuah negara. Masih terdapat kriteria lain perlu diteliti seperti polisi pengesanan kes Covid-19 negara terbabit yang memberi implikasi langsung kepada jumlah kes semasa yang dikesan dan dilaporkan,” kata Dr Noor Hisham.

Seramai 119,268 orang pengembara masuk ke Malaysia setakat 3 April sehingga semalam. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 995 disahkan positif.

Sebanyak 742 kes dikesan semasa saringan ketibaan manakala baki dikesan daripada saringan kedua

pada hari ke-13 kuarantin wajib.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.