ad
AGENSI

Covid-19 meningkat di Selangor, tambah sembilan kes import

8 Sep 2020, 2:17 PM
Covid-19 meningkat di Selangor, tambah sembilan kes import

SHAH ALAM, 8 SEPT: Kes Covid-19 di Selangor meningkat kepada 2,188 selepas sembilan kes import baharu dilaporkan hari ini.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor berkata empat kes sedang dirawat menjadikan kali ke-36 berturut-turut kes aktif dibawah bilangan lima.

“Jumlah kes baharu keseluruhan Malaysia hari ini adalah 100 kes melibatkan 85 penularan tempatan yang merupakan tertinggi dalam masa tiga bulan.

“Sentiasa patuhi norma baru. Amalkan penjarakan fizikal, pakai pelitup muka, kerap basuh tangan dan gunakan SELangkah (Langkah Masuk Dengan Selamat) untuk daftar masuk premis,” katanya di Facebook hari ini.

Sementara itu, Bilik Gerakan Negeri Selangor melaporkan enam kes import membabitkan jangkitan dari India, Indonesia dan Pakistan.

Menurutnya, hari ini merupakan kali ke-61 Selangor mencatatkan sifar kes tempatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana Mac lalu.

“Hari ini satu kes disahkan sembuh di Petaling menjadikan daerah itu kembali sebagai zon hijau,” lapornya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.