ad
AGENDA

Cadang wujud pinjaman beli telefon pintar, bantu rakyat berniaga dalam talian

7 Sep 2020, 11:29 AM
Cadang wujud pinjaman beli telefon pintar, bantu rakyat berniaga dalam talian

SHAH ALAM, 7 SEPT: Kerajaan Negeri digesa mewujudkan skim pinjaman belian telefon pintar dan komputer riba bagi membantu rakyat berpendapatan rendah (B40) menjalankan perniagaan dalam talian.

EXCO pembangunan usahawan berkata setakat ini dana usahawan mikro hanya memberi kemudahan kepada peniaga membuat pinjaman membeli peralatan perniagaan sahaja.

"Mungkin sekarang sudah sampai masanya kita wujudkan pinjaman untuk golongan tersebut membeli telefon bimbit atau komputer riba bagi membolehkan perniagaan secara digital dijalankan.

"Tanpa kemudahan seperti ini menyukarkan mereka menceburi bidang berkaitan," kata Rodziah Ismail ketika sesi rumusan Dialog Belanjawan Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.