ad
AGENDA

Hans Isaac saran dana kreatif disalur secara bergilir

7 Sep 2020, 8:19 AM
Hans Isaac saran dana kreatif disalur secara bergilir

SHAH ALAM, 7 SEPT: Kerajaan Negeri diminta mengenal pasti persatuan kreatif yang memerlukan bantuan bagi mengelak pemberian disalurkan kepada agensi sama, kata Datuk Hans Isaac.

Bekas pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu berkata dana sepatutnya diberi secara bergilir memandangkan masih banyak persatuan belum mendapat sumbangan.

"Sebenarnya dana ini adalah permulaan membantu syarikat membangunkan syarikat mereka pada masa hadapan, tetapi ramai yang gunakannya sebagai pendapatan setiap tahun," katanya dalam Dialog Belanjawan Selangor 2021 di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

"Perniagaan utama pergi kepada dana, ini adalah satu benda yang tidak membangunkan industri kreatif, kalau saya dapat dana, tahun depan berilah kepada orang lain, baru kita berkembang."

Mengikut pengalaman singkatnya selama 13 bulan, kebanyakan persatuan tidak berfungsi dan berpecah-pecah kerana pelbagai masalah.

Tambah Hans, walau dikecam ramai, namun beliau berjaya mencatat 26 pencapaian terutama mengukuhkan kewangan dan sudah berusaha membantu penggiat industri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.