ad
PBT

MPKj lanjut tempoh diskaun kompaun parkir kereta hingga akhir Sept

2 Sep 2020, 3:18 AM
MPKj lanjut tempoh diskaun kompaun parkir kereta hingga akhir Sept
MPKj lanjut tempoh diskaun kompaun parkir kereta hingga akhir Sept

SHAH ALAM, 2 SEPT: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) melanjut tempoh kempen pengurangan bayaran kompaun tempat letak kereta berjumlah RM20 sehingga 30 September ini.

Yang Dipertuanya berkata lanjutan tempoh yang sepatutnya berakhir kelmarin dibuat selepas mendapat permintaan tinggi orang awam di daerah itu.

"Tawaran ini salah satu inisiatif dilaksanakan MPKj bagi meringankan beban pesalah tegar tempat letak kereta yang terkesan dengan ekonomi sepanjang tempoh pemulihan pandemik Covid-19 di negara kita," kata Dato' Zul-kefli @ Zulkefli Khalid dalam kenyataan.

Beliau berkata pihaknya turut menawarkan sistem pembayaran secara kelompok dengan imbasan melalui cetakan kod pembayaran yang dicetak Jabatan Undang-Undang MPKj.

"Pembayaran juga boleh dilakukan di kaunter hasil MPKj, mesin kiosk 24 jam dan aplikasi telefon pintar Smart Selangor Parking dan Flexi Parking melalui menu ‘Scan & Pay’," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.