ad
AGENSI

Selangor diramal hujan, ribut petir esok

30 Ogos 2020, 12:38 PM
Selangor diramal hujan, ribut petir esok

SHAH ALAM, 30 OGOS: Beberapa tempat di Selangor diramal mengalami hujan serta ribut petir pada sebelah pagi dan petang sempena ulang tahun kemerdekaan esok.

Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan turut menjangka keadaan itu berlaku di beberapa negeri lain.

"Hujan dan ribut petir turut diramal di satu dua tempat di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong) dan Sabah (Kudat, Sandakan, Tawau dan Labuan) pada waktu pagi.

"Di sebelah petang pula hujan dan ribut petir diramal di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah," maklum kenyataan itu.

MET Malaysia turut menjangka hujan pada waktu petang di beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak (bahagian Bintulu, Miri dan Limbang), Labuan dan Sabah (bahagian pantai barat, pedalaman dan Sandakan).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.