ad
PBT

Program pelesenan anjing MPK usaha atasi aduan kacau ganggu

28 Ogos 2020, 12:31 AM
Program pelesenan anjing MPK usaha atasi aduan kacau ganggu

KLANG, 28 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melesenkan 31 ekor anjing menerusi program Pelesenan Anjing Peliharaan di Pulau Ketam pada 21 hingga 23 Ogos lalu.

Yang dipertuanya berkata tindakan itu diambil bagi menyelesaikan aduan kacau ganggu diterima sebelum ini.

“Kebiasaannya MPK hanya menjalankan operasi penangkapan anjing terbiar secara berkala setiap tahun tetapi tahun ini kita mengambil langkah proaktif mengadakan program tersebut dan melaluinya berjaya mengutip hasil RM310,” kata Dr Ahmad Fadzil Ahmad Tajuddin ketika sidang media selepas Mesyuarat Penuh MPK Bilangan 6/2020 di Dewan Mesyuarat Raja Mahadi.

Beliau menjelaskan program berkenaan bukan sahaja mengurangkan populasi anjing terbiar malah dapat mengawal tahap kesihatan anjing peliharaan dan penduduk setempat di Pulau Ketam daripada penyakit bawaan haiwan peliharaan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.