ad
BERITA UTAMA

Keluarga berpendapatan rendah digalak mohon HPIPT

27 Ogos 2020, 1:45 AM
Keluarga berpendapatan rendah digalak mohon HPIPT

SHAH ALAM, 27 OGOS: Anak Selangor dari keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah digalakkan memohon Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT).

Dato’ Menteri Besar berkata program yang lebih dikenali dengan Hadiah Masuk Universiti itu menawarkan insentif RM1,000 buat keluarga berkelayakan.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan 14 peratus daripada keseluruhan Belanjawan Selangor 2020 untuk pendidikan kerana pendidikan sangat penting bagi Selangor bagi membina masyarakat maju selaras dengan agenda Negeri Pintar Perdana ASEAN 2025,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Beliau berkata permohonan boleh dibuat di laman sesawang hpipt.selangor.gov.my sebelum 11 September 2020 menerusi pautan https://hpipt.selangor.gov.my/portalv1.

HPIPT dilaksanakan sejak 2008 bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah sebelum ini untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Bagaimanapun, ia ditambah baik dengan menaikkan pendapatan isi rumah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.