ad
AGENDA

Murid sekolah rendah dibenar pakai pelindung muka sahaja

25 Ogos 2020, 9:39 AM
Murid sekolah rendah dibenar pakai pelindung muka sahaja

SHAH ALAM, 25 OGOS: Murid berumur 12 tahun ke bawah dibenarkan memakai pelindung muka ke sekolah tanpa perlu memakai pelitup muka, kata menteri kanan (keselamatan).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan tersebut diambil bagi mengurangkan beban keluarga kurang berkemampuan, terutama yang mempunyai ramai anak.

"Saya dimaklumkan harga pelindung muka lebih murah iaitu lebih kurang RM3 hingga RM5 sekeping selain boleh diguna selama berbulan-bulan.

"Harga pelitup muka pula agak membebankan bagi keluarga berkaitan, sekiranya sekeping RM1, kalau anak lima orang kosnya sudah RM5 untuk sehari," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata pihaknya masih menggalakkan murid memakai pelindung muka bersama pelitup muka.

"Kita juga cadangkan kepada Kementerian Kesihatan mengeluarkan garis panduan mengenai langkah membersih dan mencuci pelindung muka bagi memastikan bahan itu selamat digunakan untuk jangka masa lama," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.