ad
BERITA UTAMA

MPKL: 97 permohonan penjaja sementara, 58 dilulus

21 Ogos 2020, 7:40 AM
MPKL: 97 permohonan penjaja sementara, 58 dilulus

SHAH ALAM, 21 OGOS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menerima 97 permohonan lesen penjaja sementara sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Jun lalu.

Yang dipertuanya berkata daripada jumlah itu 58 permohonan diluluskan dan 31 masih dalam proses manakala lapan lagi ditolak.

"Permohonan ditolak disebabkan tidak memenuhi syarat. Kita memberikan panduan supaya mereka membetulkan kesilapan dan permohonan semula boleh dkemukakan.

"MPKL masih memproses semuanya dan mengalu-alukan golongan berpendapatan rendah (B40) yang ingin mendapatkan lesen untuk mendaftar," kata Dato' Amirul Azizan Abd Rahim ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MPKL Bilangan 6/2020 di Dewan Kompleks Sukan, Kuala Langat.

Beliau menjelaskan setakat ini terdapat lapan lokasi pusat penjaja sementara dan peniaga memperoleh kelulusan boleh memilih lokasi perniagaan sesuai dengan jarak kediaman mereka.

Minggu lalu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberikan permit perniagaan sementara kepada 180 peniaga kecil serta penjaja di Bandar Baru Sungai Buloh melalui program penyusunan semula peniaga dan penjaja kawasan berkenaan.

Terbaharu Majlis Perbandaran Kajang juga mengikut langkah MBSA dengan mengeluarkan permit sementara kepada 150 peniaga dan penjaja kecil tidak berlesen.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.