ad
AGENSI

Ambil iktibar kewujudan kluster Sivagangga - STFC

20 Ogos 2020, 12:39 PM
Ambil iktibar kewujudan kluster Sivagangga - STFC

SHAH ALAM, 20 OGOS: Kes penularan tempatan sifar dicatatkan Selangor hari ini boleh dikekalkan sekiranya tatacara operasi piawaian (SOP) dipatuhi.

Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) mengingatkan masyarakat mengambil pengajaran terutamanya bagaimana kewujudan kluster Sivagangga.

"Amalkan norma baharu dan sebagai langkah keselamatan, sentiasa merekodkan pengunjung di premis atau kediaman masing-masing menggunakan aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

“Hari ini satu kes baru dilaporkan melibatkan kes import bukan warganegara dan keseluruhan kes Selangor menaik ke 2,151,” katanya di Facebook hari ini.

Sementara itu, Bilik Gerakan Covid-19 negeri melaporkan kes hari ini membabitkan jangkitan dari Bangladesh.

Laporan turut memaklumkan hari ini merupakan kali ke-47 Selangor tidak merekodkan jangkitan tempatan sejak 18 Mac lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.