AGENSI

Maal Hijrah: Sultan Selangor seru majukan diri, kukuhkan perpaduan

20 Ogos 2020, 12:01 AM
Maal Hijrah: Sultan Selangor seru majukan diri, kukuhkan perpaduan

SHAH ALAM, 20 OGOS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyeru umat Islam Melayu supaya terus berazam untuk memajukan diri demi mengukuhkan perpaduan ummah dan keharmonian negara.

Menerusi perutusan sempena Sambutan Maal Hijrah, baginda turut berharap umat Islam terus berjaya dalam bidang sosial dan ekonomi.

"Sempena tahun baharu Islam ini, umat Islam perlu terus bersatu padu dan berhijrah untuk menjadi insan yang lebih baik dari segenap aspek.

"Sejarah penghijrahan dan perjuangan Rasulullah SAW terus dihayati oleh rakyat ke arah memperkuatkan akidah serta mengembangkan ajaran dan nilai hidup umat Islam yang baik dan mulia," titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Istana Selangor semalam.

Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Ma’al Hijrah 1442H kepada seluruh umat Islam di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.