ad
AGENSI

Jelajah usahawan: Shopee, Lazada ajar teknik niaga dalam talian

19 Ogos 2020, 4:34 AM
Jelajah usahawan: Shopee, Lazada ajar teknik niaga dalam talian

SHAH ALAM, 19 OGOS: Lebih ramai peniaga digalak menyertai Jelajah Usahawan Digital Selangor siri dua Sabtu ini, yang menampilkan syarikat e-dagang gergasi seperti Shopee dan Lazada.

Program anjuran Majlis Teknologi Maklumat dan E-Dagang Selangor (Sitec) di Klang Executive Club mengajar selok-belok niaga dalam talian termasuk servis penghantaran barang.

"Pendaftaran terhad kepada 200 orang sahaja dan menerima sambutan memberangsangkan setakat ini. Kita buka pada semua tidak kira bangsa," kata Pengurus Kelas E-Dagangnya Salman Ahmad ketika dihubungi.

Beliau berkata program tersebut turut mendapat kerjasama Boost, Avana, Ninja Van, Bungkusit, Hijrah Selangor dan Youbeli.

Intipati program seperti berikut:

1. Cara mula menjual di Lazada Malaysia

2. Mulakan perniagaan e-dagang melalui platform media sosial oleh Avana

3. Memahami penggunaan e-dompet dan pembayaran secara dalam talian oleh Boost

4. Kepentingan servis penghantaran untuk perniagaan masa kini oleh Bungkusit

5. Cara menjual di Shopee

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.