ad
ADN

DUN Sentosa anjur program kesihatan payudara

18 Ogos 2020, 6:56 AM
DUN Sentosa anjur program kesihatan payudara

SHAH ALAM, 18 OGOS: Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa menganjurkan program Pemeriksaan Ujian Payudara (i-Breast Exam Screening) secara percuma Sabtu ini.

Ahli dewan negerinya, Dr G Gunaraj berkata program dengan kerjasama UE LifeSciences dan APBio itu terhad kepada 50 wanita berusia 21 tahun ke atas.

"Kita mengalu-alukan semua wanita di DUN Sentosa daftar dan sertai program bermanfaat ini. Taklimat kesedaran mengenai penjagaan dan kesihatan payudara turut diadakan sebelum mereka melakukan ujian saringan," katanya kepada SelangorKini.

G Gunaraj berkata program tersebut diadakan dua sesi (9 pagi hingga 12.30 tengah hari dan 1 tengah hari hingga 4 petang) demi mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) pandemik Covid-19.

Mereka yang berminat masih boleh mendaftar dengan hubungi 012-293 6667 atau mengisi maklumat diri secara dalam talian menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfTIuqTErLTbURVtWPO9wMe5A2nXTWczos8C2nmjBPyEf5OEw/closedform.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.