ad
AGENDA

Gempa bumi lemah 3.3 skala Richter landa Semporna

15 Ogos 2020, 3:04 AM
Gempa bumi lemah 3.3 skala Richter landa Semporna

KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Semporna, Sabah pada 10.01 pagi tadi.

Dalam kenyataannya di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 14 km barat dari Semporna, Sabah.

Jabatan itu juga berkata berdasarkan penilaian awal, gegaran mungkin turut dirasai penduduk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Hizam Borhan ketika dihubungi berkata

pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan berhubung gegaran akibat gempa.

Bagaimanapun tinjauan Bernama mendapati segelintir penduduk di beberapa kawasan di daerah

Kunak dan Lahad Datu memberitahu mereka merasai gegaran berkenaan.

Seorang penduduk Lahad Datu, Ardy Amat berkata dia dapat merasai gegaran itu yang berlaku

kira-kira lima saat ketika berada di Dewan Plasma MPOB.

"Saya sedang berdiri ketika gegaran itu berlaku, tetapi saya ingat itu cuma perasaan saya

sahaja, tetapi sebaik laporan (Jabatan) Meteorologi keluar, saya rasa betul itu gegaran gempa

bumi," katanya.

Penduduk Kunak, Muhd Aiman Aziz juga mengaku merasai gegaran itu.

"Rasa gegaran dalam beberapa saat sahaja, tapi tidak kuat," katanya, menambah ketika

kejadian dia sedang menonton televisyen.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.