ad
BUDAYA

Di pasar kejujuran

14 Ogos 2020, 12:00 AM
Di pasar kejujuran

 

Begitu mahal mahkota kejujuran

di pasar borong retorika abad ke-21

diam mengatur strategi

bangkit menagih mimpi dan janji.

Lebih baik menjadi lelaki jalanan

bercakap sendiri

mengutip sampah-sarap fikrah

dikitar menjadi puisi.

Di pasar kejujuran musim ini

begitu murah bibir bak delima merekah

tapi lelaki jalanan itu

memilih dan membeli diam

untuk dibawa pulang ke rumah.

 

Baharuddin Sairi

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.