ad
AGENSI

Program Jom Beli di Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall diteruskan

13 Ogos 2020, 3:16 AM
Program Jom Beli di Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall diteruskan

SHAH ALAM, 13 OGOS: Program Jom Beli di Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall diteruskan sehingga akhir tahun ini bagi merancakkan aktiviti perniagaan yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC) Fakru Radzi Ab Ghani berkata program diadakan setiap hujung bulan sehingga minggu pertama bulan berikutnya mendapat kelulusan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Program ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan hasil jualan peniaga malah kita tidak mengenakan sewa terhadap peniaga kecuali kos pemasangan prasarana sahaja," katanya ketika dihubungi.

Beliau menambah walaupun kebanyakan hasil jualan peniaga kurang memberangsangkan namun terdapat peningkatan dari semasa ke semasa sejak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi semula pada 6 Mei lalu.

"Hasil jualan bergantung pada jenis perniagaan, misalnya produk makanan dan servis menunjukkan kenaikan lebih tinggi berbanding (produk) pakaian," katanya lagi.

SelangorKini sebelum ini melaporkan peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam dan SACC Mall dibenarkan mempromosi jualan di ruang legar pusat beli-belah itu membabitkan 66 tapak jualan.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.