ad
AGENDA

MB terbuka SPRM siasat isu jual aset Yayasan Selangor

9 Ogos 2020, 8:24 AM
MB terbuka SPRM siasat isu jual aset Yayasan Selangor

SHAH ALAM, 9 OGOS: Kerajaan Negeri terbuka sekiranya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menyiasat isu berkait aset Yayasan Selangor.

Dato' Menteri Besar menegaskan penjualan aset mengikut prosedur betul bagi mengurangkan beban hutang sewa dan pembiayaan pengajian.

"Mereka (SPRM) boleh siasat, tiada masalah kerana kita sudah ikut proses sepatutnya, bukan suka-suka. Isu berkenaan juga dijelaskan secara terperinci dalam sidang Dewan Negeri," kata Dato' Seri Amirudin Shari kepada media.

Beliau mengulas gesaan badan bukan kerajaan supaya SPRM menyiasat isu tersebut yang didakwa meragukan dan tidak menggunakan kaedah tender.

Pada 15 Julai lalu, Amirudin memaklumkan aset Yayasan Selangor dijual kerana tidak ekonomik dan mengurangkan beban hutang berjumlah RM34 juta.

Yayasan Selangor yang ditubuhkan sebagai syarikat berhad tidak mendapat geran daripada Kerajaan Negeri, sebaliknya perlu menjana pendapatan sendiri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.