AGENSI

MB puji usaha MBSA bantu golongan terjejas sebab Covid-19

9 Ogos 2020, 5:53 AM
MB puji usaha MBSA bantu golongan terjejas sebab Covid-19

SHAH ALAM, 9 OGOS: Dato’ Menteri Besar memuji dan menyokong inisiatif Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan ekobazar bagi membantu golongan terjejas akibat Covid-19.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha tersebut turut membuka peluang agensi dan syarikat koprorat mendekati golongan memerlukan terutama aspek tawaran kerja.

“Satu program yang kreatif kerana sebelum ini ekobazar dianjurkan sempena Hari Tanpa Kenderaan tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan terpaksa dibuat secara terhad.

“Kali ini berdasarkan jemputan dan mereka (peserta) dapat bertemu dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk dapat sokongan serta bantuan,” katanya ditemui selepas program Sumbangan Khas Sempena Pasca Covid-19 di Dewan Teratai MBSA hari ini.

Seramai 200 individu menerima sumbangan barang keperluan, pakaian dan baucar pembelian di Kedai Serbaneka 99 bernilai RM100.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.