ad
EXCO

Exco bimbang pelitup muka terbuang sekat sistem saliran

4 Ogos 2020, 5:10 AM
Exco bimbang pelitup muka terbuang sekat sistem saliran

SHAH ALAM, 4 OGOS: Tindakan membuang pelitup muka merata tempat dibimbangi menjadi punca sekatan sistem saliran, kata EXCO kesihatan.

Dr Siti Mariah Mahmud menjelaskan pelitup muka sepatutnya dibungkus rapi dan dibuang ke dalam tong sampah bagi mengelak jangkitan Covid-19.

"Sebelum ini plastik menjadi punca utama sampah yang menyebabkan sistem saliran tersekat dan kita bimbang pelitup muka akan menggantikan plastik pula.

"Seperti sampah-sampah yang lain, ia perlu dibuang ke tempat sepatutnya," katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau juga menyaran orang awam menyimpan pelitup muka terpakai dalam beg khas sebelum dibuang, selain menggalakkan penggunaan pelitup muka guna semula.

Bermula 1 Ogos lalu, Majlis Keselamatan Negara mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di tempat sesak dan pengangkutan awam.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.